Wednesday, January 13, 2010

don't be sad. don't be scared.

salam to all.

semoga semuanya berada dalam kemanisan iman.

huhu~

kadang2 kita nak sangat A,
tapi Allah bagi kita B.

dan

kadang2 kita tak nak pun C,
tapi Allah bagi kita D.

apa kita rasa?
sedih?
marah?

tak pun,

"xpe, redha je laa"

"alhamdulillah"

kadang2, sangat susah nak melahirkan dan menghadirkan rasa redha tu.

kata orang, "ujian tu tanda Allah sayang kat kita"
kata orang, "rasa susah tu la kehidupan, buat kita lagi matang"
kata orang, "cabaran tu jadikan kita lebih kuat"

kawan saya cakap, " kita selalu doa supaya kita diberi kesabaran, tabah dalam apa jua masalah yang datang, so cara Allah nak bagi kita semua ini ialah dengan bagi ujian kat kita"

betul kan?

so, let's be positive. don't be sad. always say thanks to Him.

kadang2 walaupun kita tak nak B, tapi Allah tahu B tu la yang TERBAIK untu kita.

Allah tahu kita susah. Dia kan Maha Mengetahui. Dia tahu kita mampu lalui semua ni.

"Ya Allah, usah bebankan kami dengan bebanan yang berat, seperti yang telah Kau berikan kepada umat yang terdahulu dari kami"

jom. la Tahzan!

When you feel all alone in this world
And there's nobody to count your tears
Just remember, no matter where you are
Allah knows
Allah knows

When you carrying a monster load
And you wonder how far you can go
With every step on that road that you take
Allah knows
Allah knows

CHORUS
No matter what, inside or out
There's one thing of which there's no doubt
Allah knows
Allah knows
And whatever lies in the heavens and the earth
Every star in this whole universe
Allah knows
Allah knows

When you find that special someone
Feel your whole life has barely begun
You can walk on the moon, shout it to everyone
Allah knows
Allah knows

When you gaze with love in your eyes
Catch a glimpse of paradise
And you see your child take the first breath of life
Allah knows
Allah knows

CHORUS

When you lose someone close to your heart
See your whole world fall apart
And you try to go on but it seems so hard
Allah knows
Allah knows

You see we all have a path to choose
Through the valleys and hills we go
With the ups and the downs, never fret never frown
Allah knows
Allah knows

Every grain of sand,
In every desert land, He knows.
Every shade of palm,
Every closed hand, He knows.
Every sparkling tear,
On every eyelash, He knows.
Every thought I have,
And every word I share, He knows.
Allah knows


p/s : sila bukak As Furqan, surah Al baqarah ayat 286

p/s: entry kali ini sedikit ber emosi.

Thursday, December 31, 2009

turki dalam kenangan

salam to all.

alhamdulillah. syukur kepadaNya, akhirnya selepas seminggu meninggalkan dublin, berjaulah bersama2 kawan, adik2 juga kakak tcd, saya kembali pulang. home sweet home!. nikmat terasa bila dapat makan nasi plus lauk ayam selepas seminggu mengadap kebab. hehe :). ada je nasi kat sana tapi seciput je la. macam daging lauk nasi pulak.

eh, bukan nk bercerita pasal makan sebenarnya.

bendera negara turki

ada point lagi besar dari itu. hehe. kami ke istanbul selama 5 hari dan selebihnya, ke cappadocia. btw, tahukah anda, negara turki terletak dalam 2 benua; eropah dan asia. hari pertama jalan2 di istanbul, dapat rasa la atmosfera yang berbeza nak dibandingkan dengan negara mat salleh; orangnya, kedai, bangunan. apa tidaknya, turki, jalan sikit masjid, jalan sikit masjid. makan pun, alhamdulillah senang. kalau g london ( atau dublin sendiri), bangunan yang wajib ada ialah church, museum dan castle.

insyaAllah, saya cerita pasal jalan2 kami dalam lain entry.

eh, ada beberapa cerita untuk dikongsi di sini.

cerita 1

kenal tak mustafa kamal at tartuk?

. . . . . . . . . . . . . . . . .. . . . . . . . . . . . .

a ah, betol la tu. yang kita belajar sejarah tingkatan berapa ntah dulu.
ye ye, dialah orangnya yang suh azan ikut bahasa turki. dia jugalah yang xbagi perempuan pakai tudung. dan dialah juga yang menghapuskan tulisan jawi, so that, anak2 muda, generasi sekarang tak kenal ape tu alif ba ta.

di turki, kebanyakan kedai ade gantung gambar dia.


ni cerita kawan saya.

"sir, do u know this guy?", katanya sambil tunjuk muka MKA kat duit kertas 5 lira.

"yes2, he's our HERO!", balas lelaki itu.

dalam hati, "apakah??"

pengalaman sendiri bertanya kepada seseorang di sana; nak tahu apa jawapan dia?

"he is so GENIUS"

diam je la. tak sempat nak tanya panjang2, sebab pakcik tu dah nak tutup kedai.

p/s: sila menggoogle untuk lebih mengenali pakcik MKA.

cerita 2

peristiwa ni berlaku dalam bas semasa dalam perjalanan dari cappadocia ke istanbul.

oleh kerana kami 9 orang, so akan ada lah seorang di kalangan kami yang xde partner. nak dijadikan cerita, ada seorang turkish guy naik. bila cek tiket, alamak! nampaklah muka dia yang sedikit cuak sebab nanti kena duduk ngan perempuan. resah gelisah jugak lah.

mula2 ok lagi, sebab still penumpang tak penuh. dia pilih untuk duduk kat seat lain. bila sampai next station, sorang demi sorang naik. so, xde choice except for, terpaksa la duduk kat tepi kawan saya tu.

tahu ape yang jadi?

dia mundar mandir, bagitahu pramugari (bas kat sini best tau!) dan driver kat depan. pramugari bersusah2 mencari seat. ( that turkish guy pon tolong sekali). usaha tangga kejayaan. alhamdulillah, akhirnya, ada seorang makcik rela berpisah dengan pakcik (mereka laki dan bini). dan makcik tu duk sebelah kawan saya.

tahukah anda, perjalanan mengambil masa 10 jam. plus, lampu la bas tu tak de lah on 24 jam. GELAP. plus, syaitan pun xde la duk diam je kan?

huhu.
poyo tak cerita ni?

ape ape je la yang korang rasa.

personally, saya tersentuh jugak dengan usaha lelaki itu yang BERUSAHA mengelak. bila jadi depan mata and bila reflect kat diri sendiri, beza la kot. selalu je la ulang alik dulu2, zaman intec. mungkin akan tukar jugak kalau ada tempat, dan kalau tak stay je, duk diam2.

sedar atau tidak, lelaki turki itu telah menunjukkan teladan yang real depan mata kami!

"Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur" ( al a'raf :17)

dah habes.

jom muhasabah diri.
jom tingkatkan amal.

selamat tahun baru.

assalamualaikum wbt.

p/s: saya rindu cappadocia!
p/s/s: betulkan jika saya salah.

Sunday, December 13, 2009

kambing.

salam to all.

selamat berhujung minggu.

hanya mahu berkongsi.

jabir bin abdullah meriwayatkan,

satu hari Rasulullah saw berjalan2 kat pasar, dan nampak seekor kambing yang dah mati, kambing tu ade telinga yang pendek. pastu ramai la yang mengerumuni Rasulullah. Baginda pun tanye la kepada orang2 yang ada kat situ.


"siapa nak kambing ni untuk satu dirham?"
"tak nak, jangan kata satu dirham, bagi free pon saya tak nak", kata seseorang yang ada kat situ.

Nabi kemudian berkata, "baiklah, ambilkan kambing ini, tanpa perlu membayar apa2" (**free la)
"tak mahu jugak. kalau lah kambing ni masih hidup, pun saya tak nak sebab telinga dia pendek. ni kan pula sekarang, kambing ni dah mati dan jadi bangkai", seseorang kat situ menjawab kata2 nabi.

tahu tak lepas tu ape nabi cakap?

"by Allah, this WORLD is more insignificant in the sight of Allah, than this in your eyes"

pastu, ada jugak yang biasa kite dengar, perbandingan dunia dan akhirat ialah bila kita celupkan jari ke dalam air laut, dan angkat, air yang menitis dari jari kita tu la DUNIA dan air laut yang banyak tu la AKHIRAT.

so, untuk diri sendiri dan kalian juga, sentiasa perbetulkan niat, jangan buat sesuatu sebab nak untung kat dunia je, tapi fikirkan juga untung kat akhirat.

renung2 kan dan selamat beramal.

p/s: correct me if i'm wrong.
p/s/s: jom muhasabah diri.

sekian dulu. assalamualaikum wbt.

Friday, December 11, 2009

menjadi rajen

salam to all~

huhu. saya kembali. setelah meninggalkan blog sepi tanpa khabar berita, lame jugak la since last post.nak kata sibuk, ye jugak, tapi tak boleh la nak jadikan benda tu alasan konkrit. sebab, kalau ade kemahuan, jalan je, walaupun sibuk. wuwu(-,-)".

tahun ni , alhamdulillah dah habes satu semester dan exam pon dah settle semua last week, to be exact rabu lepas, dan secara rasminya, winter break sudah bermula, yeay!
semester ni banyak dah belajar klinikal, masuk klinik, tgk2 mulut orang, n orang pon tengok jugak mulut kite. =pp. pon ade jugak masuk lab, n kesimpulannya memang banyak blajar benda baru kalau nak compare dengan tahun lepas.

last klinik dah belajar macamane nak buat infiltration aka bius. (**aku dibius, aku membius) adil la kan? sebelum buat orang lain numb, kite dulu kena numb. hehehe. infiltration ni untuk bagi kebas certain nerve. berbeza dengan local anaesthethic (eg, ID block ) yang membius banyak gigi, mungkin separuh jaw, depends on nerve supply dia(<-- sorry bahasa ntah pape), sure2, sape yang bukan science stream, xfaham ape yang tgh saya membebel ni. :) alhamdulillah ok je, walaupun mula2 cuak. paling takot, kalau jarum patah. time inject tu, slow2 je tekan, hehe, memang sopan santun dan ayu sekali. naseb baik, tak de terketar2 tangan. sejuk2 nervous sket tu, biase je kot. wuwu.

eh, lupa nak ucapkan selamat bercuti kat semua kawan2, kat mane je korang berada. make full use of the time. jgn asyik tidur, makan jek hehe(pesanan ikhlas untuk diriku juga)

dan untuk kawan2 yang nak exam, sedang mahupun akan, all the best guys! do the best, n let Allah do the rest.

"And your Lord says: "Call on Me; I will answer your (Prayer): but those who are too arrogant to serve Me will surely find themselves in Hell - in humiliation!" ( 40: 60)

till then, assalamualaikum w.b.t

p/s: xpaham kenapa tajuk g2.

Thursday, September 17, 2009

oh dublin, saya datang ni!

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.

dikesempatan ini, saya nak ucapkan selamat menyambut lebaran, 1 syawal, 1430H. kepada rakan2 yang ingin pulang ke kampung, berhati2 di jalan raya. biar lambat, asal selamat dan ingatlah orang yang tersayang. bagi yang naik bas, jangan tertinggal bas, tiket jangan lupa bawak, (* doa naik kenderaan jangan lupa baca).

dengan ramadhan yang berbaki 2 hari lagi ini ( ketika post ini ditulis), marilah kita sama2 gandakan amalan kita, doa kepadaNya, agar diterima segala amalan dan amal ibadat. bersungguh2lah dalam mencari malam yang lebih baik dari seribu bulan itu.

RAMADHAN SEBAGAI SATU PLATFORM

dan, semoga selepas ini, kita terus beristiqomah melakukan perkara baik yang kita dah mulakan dalam bulan puasa. untuk diri saya, juga kalian semua, semoga semangat kita terus berkobar2 walau di bulan mana pun kita berada. (* err, kita berada di bulan kah?).

satu perkongsian. artikel best! (*klik)
~ saifulislam
~ iluvislam

MALAYSIA

malaysia, lebih kurang seminggu lagi sebelum pulang ke dublin, setelah bercuti musim panas di rumah terchenta ini. (*boleh dikatakan sangat lama). tahun depan dah masuk tahun kedua.

macam Teh cakap "welcome to second year, where real dentistry start".

sangat cuak disitu. namun hidup harus diteruskan. hehe. dalam hati ni, ada jugak rasa 'excited' nak belajar clinical stuff. masuk dalam lab dan juga clinic. (*berusaha!) normal la tu kan, makin lama, makin susah. tahun depan insyaAllah, junior malaysian dentistry yang datang 4 orang; 2 melayu dan 2 cina. (* all are female).

dah2, minggu depan baru nak fikir pasal semua tu. hehe, oh ya! dalam meriah2 nak beraya ni, jangan lupa jaga kesihatan. makan makan jugak, beringat2 la jugak, ok. juga h1n1. amalkan langkah2 yang sepatutnya untuk membendung penularannya.

"Ya Allah, jauhkanlah kami semua dari segala bencana dan malapetaka. jauhkanlah kami dari virus h1n1"

juga, bersederhanalah kita dalam segala perkara. dalam kita bergelak ketawa, jangan sesekali dilupakan mereka yang sengsara.

di kesempatan ini, saya ingin memohon ampun dan maaf kepada sahabat handai yang mengenali diri ini juga pelawat blog ni, andai dalam sedar juga tanpa saya sedar, ada perbuatan, kata2 mahupun tulisan saya menyinggung perasaan. aidilfitri ini, mari kita sama2 menyambung talian silaturrahim agar ukhuwwah kita sesama muslim utuh senantiasa..

till then, happy eid mubarak ^^,


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


p/s : lagu raya dulu2 tetap menjadi pilihan.. huhu